Friday, May 30, 2008

“There are not many painters who paint elephants seriously” – Yusof Gajah

Growing up in a village in rural Malaysia, Yusof Gajah had little choice than to be influenced by the plant and animal life around him, namely the elephant. After all, it literally was a jungle out there. Yusof Gajah - Gajah meaning Elephant in the Malay language - is well known in and around Malaysia for his many and varied representations of the elephant.

Born as Mohd Yusof Bin Ismail, Yusof Gajah got his nickname in 1974 when he was in an art community. “There were two Yusof’s in the group and everyone had trouble calling one without the other responding” he recalls. “One day, as I was painting an elephant, one of them called me Yusof ‘Gajah’ and the name just stuck. From then on I was known as Yusof Gajah.” (The other Yusof got dubbed Yusof ‘Volkswagen’.)

Yusof Gajah’s chosen artistic style is ‘naïve art’. This is a form of art where the artist is not bound by formalities such as following the rules of shapes and form, thus it often results in artistic impressions of what the author feels about the object rather than depicting the object as it is. So, when looking at one of Yusof’s naïve art paintings, one sees explosions of bold colour on top of what is a distinct two-dimensional representation of nature, more often than not, of his beloved elephants. Expanding on this elephant theme, he has also created elephant portraits with mix media (such as beads and glass) to accentuate the creatures on his canvases. Yusof Gajah’s portraits are extraordinary, to say the least.

Gifted in story-telling through art he has also illustrated children’s books. One of which is “Chemophant”, written by a young girl to help other children understand cancer and to raise awareness of its effects. For his illustrative works Yusof has received numerous awards including the Best Children’s Book Illustration from the National Book Council of Malaysia and the Grand Prix (The Real Elephant) for Noma Concours for the Children’s Picture Book Illustration, (ACCU) in Tokyo, Japan. As if that were not enough, Yusof regularly conducts art workshops to teach and inspire the next generation about art, colour, form and how to express have themselves artistically.

SENIMAN JANGAN HIDUP MISKIN

Di Gajah Gajah Gallery City Square Kuala Lumpur bergantungan lukisan yang bermotifkan gajah. Imaginasi pelukis daripada imej yang berteraskan gajah sangat luar biasa.

Didalamnya seorang lelaki berambut panjang, bertubuh kecil murah dengan senyuman melayan tetamu yang kelihatan terpesona dengan ekpresi gajah-gajahnya. Lelaki yang bertubuh kecil itulah Yusof Gajah, 50, seorang pelukis yang prolifik dan pemilik Gajah Gajah Gallery. Yusof Gajah atau nama sebenarnya Yusof Ismail mulai 1972 hingga kini telah menyertai lebih 100 pameran termasuk beberapa pameran solo diluar Negara.

Sepuluh tahun dahulu, galeri lukisanya hanya dirumahnya di Gombak. Kemudiannya berkembang ke Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Kini dia memiliki galeri di pusat membeli belah City Square. “Saya tidak mahu menjadi seniman besar tapi miskin. Seniman jangan jadi miskin,” kata pelukis kelahiran Johol, Negeri Sembilan ini dengan tegas.

Kepada wartawan Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain, Yusof Gajah berkata “Saya jadi seniman, saya juga jadi businessman untuk menjual lukisan saya.”

Apakah yang membawa saudara ke dunia lukisan?

Saya dilahirkan di Johol, Negeri Sembilan. Tetapi dibesarkan di Singapura kerana keluarga menetap disana. Singapura tahun 50 an lebih moden berbanding kampong saya di Johol. Di sana saya terdedahkan dengan dunia seni lukis. Berpeluang pula mendekati galeri-galeri besar waktu itu. Lukisan jadi dekat dengan jiwa saya apabila galeri dekat dalam hidup saya. Imaginasi saya mulai bermain imej dan warna. Memang saya minat lukisan tapi kalau terpisah jauh dari Bandar macam kampong keluarga saya di Negeri Sembilan, mungkin susah juga untuk mengasah bakat.

Masa di Singapura sudah bercita-cita mahu jadi pelukis?

Tidaklah bercita-cita jadi pelukis. Bunyinya sangat formal. Tapi saya masih ingat saya terlalu minat lukisan. Tapi tidak tahu pun di luar lingkaran kekerdilan dunia saya waktu itu. Tidak kenal pun pelukis-pelukis hebat dunia. Pelukis tempatan pun tidak kenal. Yang saya tahu, saya minat sangat dengan kerja-kerja macam ini. Lukisan awal sama seperti itu (menunding jari kesebuah lukisan di dinding galeri).

Maksud saudara Naïve Art?

Ya. Saya bermula dengan lukisan yang begitu. Nampak macam keanak anakan. Alam imaginasinya memang begitu. Tapi itulah naïve art, lukisan pelukis yang tidak mandapat bimbingan secara formal. Itu proses semula pelukis sebelummereka menemui aliran-aliran dalam karya mereka. Saya waktu itu melukis apa yang saya rasa dan rasa itu hadir dalam igauan saya. Naïve art saya tentang alam dan kehidupan.

Dimana saudara mengasah bakat melukis secara formal?
saya mengikuti pengajian dalam senilukis di Sekolah Seni Rupa Indonesia di Jogjakarta tahun1972. kemudian tahun1975 saya sambung belajar di Akademi Seni Rupa Indonesia juga di Jogjakarta. Jogjakarta kota seni dan budaya. Saya tercampak ke destinasi yang baik bagi saya. Saya rasa bertuah kerana berpeluang berada dalam satu masyarakat yang begitu menghargai seni.

Tapi sebelum itu difahamkan saudara juga menuntut di Indonesia?
Memang benar. Waktu itu ayah hantar saya memasuki sebuah institute pertanian di Jogjakarta. Pergi dengan biaya sendiri. Tapi saya tidak berminat sangat dengan pertanian. Sijil pula tidak diiktiraf disini. Saya minta ditukarkan ke jurusan seni. Saya yakinkan ayah saya, pilihan saya tidak silap.

Saya tertarik dengan nama pena saudara, Yusof Gajah. Dari mana datangnya nama pena itu?
Nama Yusof Gajah lahir secara tidak sengaja. Malah saya sendiri tidak terfikir gelaran yang diberikan teman-teman di Anak Alam pada tahun 70-an boleh lekat sampai sekarang. Bangga juga apabila nama itu tertera pada lukisan-lukisan saya yang ada di seluruh dunia. Saya masih ingat waktu itu ada pameran lukisan di Rumah Anak Alam dekat Padang Merbok, Kuala Lumpur. Disitu ada dua orang pelukis yang bernama Yusof. Sayu Yusof Osman dan saya Yusof Ismail. Masa itu pelukis senior Mustaffa Ibrahim gelar saya Yusof Gajah kerana saya melukis gajah. Teman-teman mulai panggil saya Yusof Gajah. Mula-mula tak rasa apa-apa. Tapi apabila nama Yusof Gajah semacam parallel dengan imej teras dalam lukisan saya iaitu gajah. Saya terfikir kenapa tidak dikekalkan saja Yusof Gajah.

Boleh dikatakan bahawa Anak Alam banyak membantu menemui persekitaran seni yang mematangkan saudara?
Saya tidak dapat bayangkan apa yang terjadi kepada saya kalau selepas balik dari Jogjakarta dan tidak ada Anak Alam. Ketika proses kesenimanan saya yang belum matang, saya amat mengharapkan alam dan masyarakat membantu. Di Anak Alam saya temui semua itu. Proses interaksi itu sangat penting bagi seniman. Di Anak Alam ada penyair, pelukis dan kami berinteraksi.

Adakah yang barangkali membayangkan saudara berbadan besar macam gajah?
Jiwa dan semangat saya besar macam gajah (ketawa berdekah-dekah). Saya bertubuh kecil macam kancil. Gajah bagi saya ada konotasi yang menjadi kekaguman semua kaum. Dalam Islam misalnya ada tahun gajah dan Nabi Muhammad pun lahir pada Tahun Gajah. Tapi gajah saya bukan realisme. Saya memberikan imaginasi yang bebas kepada teras imej yang menjadi identity karya saya. Gajah wujud dalam pelbagai ekspresi.

Apa perbezaannya selepas menjadi Yusof Gajah?
Bukan mudah untuk mencipta nama. Saya tidak setuju kalau orang kata apalah yang ada pada nama. Bagi saya nama itu penting. Sampai satu tahap, kita tidak boleh senang-senang turunkan tandatangan.. semuanya kerana nama. Selepas Yusof Ismail menjadi Yusof Gajah memang banyak perbezaan. Sekarang orang tidak kenal Yusof Ismail.

Bagaimana saudara hidup dengan melukis?
Bagaimana pula saudara hidup menulis? Situasinya sama bukan? Kedua-duanya kita perlu bekerja.

Memang benar tapi saya bergaji tetap berbanding saudara yang bergantung kepada hasil jualan lukisan. Bagaimana saudara menguruskan kerjaya?
Pelukis atau seniman juga manusia. Mereka perlu hidup sama seperti orang lain. Tidak kiralah seniman atau tidak, kita kena hidup bertanggung jawab kepada hidup. Prinsip saya, saya tidak mahu menjadi seniman besar tetapi hidupnya kecil. Maksud saya hidup miskin. Untuk hidup pertama sekali saya kena pastikan karya saya dibeli orang. Saya membuat kajian dan cuba tahu siapa yang berkemungkinan akan membeli lukisan saya. Saya bahagikan kepada tiga tahap dalam pengkaryaan saya. Pertama untuk “belanja dapur”. Saya kena hasilkan lukisan untuk memberi duit untuk makan dan minum keluarga. Lukisan ini mungkin murah dan mampu di beli oleh mereka dalam kelas sederhana.

Kedua saya buat lukisan untuk bayar pinjaman rumah, kereta dan sebagainya. Lukisan ini agak mahal. Tapi sudah tentu tidak selalu dibeli orang. Yang ketiga saya buat lukisan yang mahal untuk orang yang berpendapatan misalnya RM 30 000 sebulan. Saya anggap lukisan tahap ketiga ini sebagai bonus. Orang makan gaji ada bonus, saya juga mesti ada bonus. Tapi bonus bukan selalu dapat.

Sesetengah pelukis mempunyai ego seni tersendiri misalnya tidak tunduk kepada kehendak massa. Kenapa saudara mengikut kehendak massa?

Macam saya katakana tadi, saya tidak mahu menjadi pelukis hebat tapi hidup miskin. Saya bukan tunduk kepada kehendak massa hingga korbankan prinsip seni saya. Saya juga ada ego seni sendiri. Bukanlah maknanya saya buat lukisan murah bermakna saya mengikut apa yang massa mahu. Suatu yang anda perlu tahu bahawa saya mahu semua orang memiliki lukisan saya. Kalau tak mampu beli berpuluh-puluh ribu ringgit, mereka boleh membeli poskad lukisan saya yang harganya RM 10. pokoknya mereka masih boleh memiliki lukisan saya.

Dulu saudara jadikan rumah sebagai rumah sebagai galeri, kemudian ke Kompleks Kraf di Jalan Conlay dan sekarang di galeri sendiri, Gajah Gajah Gallery di City Square. Kenapa perlu ada galeri di City Square?

Prosesnya macam kita pergi sekolah juga. Mula-mula masuk tadika, masuk sekolah rendah kemudian sekolah menengah seterusnya ke Universiti. Maknanya hidup kita mesti ada perubahan yang parallel dengan usia. Mustahil kita hendak berada di sekolah tadika selama-lamanya. Dalam konteks seni lukis, kalau sepuluh tahun lalu saya hanya mampu buat galeri di rumah, hari ini saya tidak boleh lagi terus buat rumah saya sebagai galeri. Saya kena berubah. Dan perubahan ini semuanya bukan berlaku secara semula jadi. Tetapi perubahan ini saya rancang dan syukur saya mencapai tahap-tahap yang saya rancang. Ada orang kata buat apa saya perlu mengeluarkan belanja sewa galeri di sini yang beribu-ribu ringgit kerana saya boleh buat di rumah atau di Pasar Budaya misalnya. Tapi saya memikirkan kewajaran dengan wang yang dikeluarkan oleh pelanggan saya dengan imej tempat saya meletakkan karya saya.

Adakah imej dan prestij penting bagi saudara?
Sudah ia penting bagi saya. Sebelum ini banyak pelanggan atau collector yang menyokong kerja seni lukis saya. Bayangkan kalau mereka tidak membeli sedangkan saya perlu hidup dengan melukis. Mereka mengeluarkan wang beratus ribu ringgit untuk membeli lukisan saya. Bagi saya ia bukan sekadar jual beli tetapi sokongan untuk melihat saya berjaya. Bayangkan apa kata collector saya yang melihat saya tidak pernah berubah sama seperti sepuluh tahun lalu. Saya mempertingkatkan imej saya kerana antara lain mahu mengangkat imej collector saya juga. Sebenarnya bukan setakat ada galeri di City Square. Kalau boleh saya mahu ada juga galeri di KLCC.

Jadi saudara bukan sekadar seniman?

Tepat sekali. Dan saya tidak malu mengakui hakikat ini. Saya melihat seni (seni lukis) dalam konteks yang luas. Masa menghasilkan karya itu, bolehlah kalau mahu menganggap saya sebagai seniman. Kesenimanan itu proses untuk menghasilkan karya seni. Sesetengah orang mereka berhenti di situ iaitu sebagai seniman dan tidak ambil pusing bagaimana mahu memasarkan karya itu. Paling mudah memberikan kepada promoter untuk menjualnya. Tapi saya, selepas berkarya saya menjadi orang yang memasarkan lukisan saya. Waktu itu saya mungkin seorang businessman. Kalau istilah itu boleh digunakanlah. Saya kena fikir hal-hal yang difikirkan oleh orang berniaga. Macamana hendak membuat packaging misalnya dan untuk mempromosi supaya orang beli. Ada orang jual lukisan berpuluh ribu ringgit tapi dibalut dengan kertas surat khabar. Saya tidak akan buat begitu. Semuanya memang memerlukan kos tapi akhirnya ia balik kepada kita juga.

Bagaimana saudara mengangkat prestij lukisan saudara
Saya harus mengangkat prestij diri saya, galeri saya dan sebagainya. Misalnya kalau collector saya makan di Hotel Shangri-La saya juga perlu berada ditahap yang sama. Saya juga kena makan angin di luar Negara. Semua itu mengangkat prestij dan imej collector yang memiliki lukisan saya.

Saudara boleh bercakap begitu sebab saudara telah berjaya. Bagaimana mereka yang baru bertatih?
Semua orang bermula dengan angka kosong. Jangan tengok saya sekarang. Tengoklah saya sepuluh atau dua puluh tahun dahulu. Kalau mahu seni berada ditahap yang dibanggakan, seniman yang kena mengangkatnya.


Saudara dibantu sepenuh masa oleh isteri sebagai promoter. Apa kebaikannya?

Bagi saya bidang ini mata pencarian saya. Saya melakukan secara sepenuh masa. Mungkin orang lain buat secara sambilan kerana ada sumber lain untuk menyara keluarga. Tapi bagi saya setelah lukisan menjadi mata pencarian apa salahnya isteri menumpukan sepenuh masa kepada kerja dalam bidang ini? Saya pelukis dan isteri saya Zakiah sebagai promoter. Dia melakukan kerja ini sepenuh masa. Dia ada pendapatannya sendiri hasil dari tugas sebagai promoter.

Apa lebihnya isteri sendiri menjadi promoter bagi karya-karya saudara?
Faedahnya banyak. Salah satunya ini mewujudkan kami sekeluarga sebagai orang yang mencintai lukisan. Isteri saya tahu menulai lukisan, dengan sendiri dia tahu menilai kerja-kerja saya. Anak-anak juga begitu. Selain itu semua yang dilakukan akan kembali kepada keluarga. Misalnya kalau saya ambil promoter lain, saya kena bayar komisen 40 hingga 50 peratus daripada harga lukisan yang dijual kepada promoter lukisan. Sekarang pun saya bayar komisen dengan jumlah yang sama. Bagi saya ini lebih baik kerana ia kembali kepada keluarga.

Adakah saudara kurang yakin dengan promoter lain?
Saya fikir kalau dikatakan kurang yakin itu tidak tepat. Bukan kurang yakin. Tapi factor utama saya dan isteri saya mahu ikut terlibat dalam hal-hal pemasaran. Saya bukan tahu sangat dalam pemasaran tetapi saya beli buku mengenai pemasaran. Saya belajar daripada mereka yang lebih arif. Dalam era consumer cultural sekarang ini, produk yang baik belum tentu menjadi pilihan kecuali mempunyai strategi pemasaran yang betul. Saya mengambil tahu dan belajar selok-belok menjual lukisan

Ada sesetengah pelukis menyalahkan masyarakat yang tidak menghargai karya seni mereka. Bagaimana dengan saudara?
Saya tidak pernah menyalahkan masyarakat. Untuk apa? Apa kesan positifnya kepada saya kalau setakat menyalahkan mereka yang tidak membeli lukisan saya. Saya ambil tindakan proaktif, buat lukisan yang mampu mereka beli. Saya kena turunkan ego saya. Saya juga giatkan strategi pemasaran. Bayangkan berapa banyak rumah kos sederhana di Kuala Lumpur.kira pula berapa banyak dinding yang kosong dan berapa banyak bilik untuk kanak-kanak. Semua ini ada potensi umtuk lukisan diisi ditempat begitu.

Siapakah yang paling banyak menjadi collector karya lukisan saudara?
Orang–orang luar yang pernah dan sedang bekerja di Negara ini. Orang tempatan pun ada juga. Syarikat korporat misalnya banyak yang memiliki lukisan saya. Seorang collector dari Perancis memiliki lebih 50 keping lukisan saya. Dia bukan sahaja membeli lukisan malah biaya saya sepuluh hari ke Perancis semata-mata meminta khidmat nasihat bagaimana meletakkan lukisan dirumah dan pejabatnya.

Apakah cita-cita saudara yang masih belum tercapai?
Saya ingin memiliki muzium seni lukis sendiri. Sudah ada tempat tetapi mengambil masa untuk impian itu dizahirkan. Semua pelukis mengimpikan sebuah muzium. Itu kemuncaknya

CITRA NAIVE MALAYSIA

Menghampiri penghujung dekad pertama alaf 2000 ini, kerja-kerja seni catan lebih daripada dua puluh orang pelukis gaya naive Malaysia diperagakan dalam satu pemeran besar. Pameran dengan tema Malaysia Naive Art Showcase 2008 adalah suatu pameran penting yang memperlihatkan perkembangan muktahir seni catan tanah air di alaf 2000.
Pameran berkumpulan seni catan naive pertama di Malaysia telah diadakan pada tahun 1998 yang hanya diwakili oleh empat pelukis gaya naive Zila Zain, Shima, Azmi S.H dan Yusof Gajah. Pameran naive kedua telah berlangsung pada tahun 2001 di mana Yusof Gajah bergandingan dengan Mat Dollah dan Adeputra dengan tema Appear Innocent. Kedua-dua pameran naive telah diusahakan oleh Yusof Gajah. Selepas pameran ini berakhir pelukis-pelukis naive yang terlibat dalam kedua-dua pameran ini membawa haluan masing-masing menghidupkan citra naive secara bersendirian. Namun atas usaha Yusof Gajah pelukis unggul Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bapa Pelukis Naive Malaysia, beliau sekali lagi telah mengikhtiarkan kesinambungan pameran penting ini.
Tujuan utama pameran Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini pertamanya adalah untuk meletakkan seni catan gaya naive dilandasan yang sewajarnya sebagai suatu pergerakan seni yang penting dalam perkembangan seni catan tanah air. Selama ini seni catan gaya naive di Malaysia bukan sebahagian daripada arus perdana seni catan kontemporari tanah air. Seni catan gaya naive tidak mendapat tempat malah tidak diiktiraf dengan sewajarnya. Keadaan ini berlaku antaranya disebabkan oleh sifat karya seni catan gaya naive yang dipersepsikan sebagai gaya seni catan yang kebudak-budakan dengan penampilan citra yang tidak serius lagi terlalu “mudah” sifatnya. Ringkasnya karya-karya gaya naive sebegini dilihat sebagai gaya karya seni catan yang tidak mencabar dengan alasan ia boleh dilakukan, dicipta, direka oleh sesiapa sahaja. Tetapi realitinya membuktikan seni catan gaya naive tidak mudah dilakukan. Ia turut mempunyai ramuan-ramuan formalistik seni catan yang harus dipelajari, dilatih sebelum dapat dikuasai. Menghasilkan karya gaya naive memerlukan ketrampilan, kemahiran yang bukan sedikit. Ini hakikat yang perlu diterima.
Pameran Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini memperagakan kepelbagaian karya-karya citra naive. Kepelbagaian citra naive dapat dilihat dari pengolahan subject-matter dalam kemeriahan pesta warna-warni yang kelihatan bagai tidak berkesudahan. Citra lanskap gaya naïve ditampilkan antaranya dengan banjaran gunung, bukit bukau beralun yang dipenuhi dengan hutan rimba, ladang pertanian serta aliran sungai, takungan air di kolam, tasik dan pemandangan tepi laut. Mergastua yang berkeliaran di udara, darat dan air menambahkan lagi keasyikan citra gaya naïve ala romantism. Khalayak di bawa ke alam fantasi yang dipenuhi dengan spektrum warna-warna segar, ceria yang kelihatan begitu dekat tetapi realitinya tidak begitu.

Gaya penceritaan secara visual turut menambah keragaman citra gaya naïve dapat dilihat dalam pameran ini. Kemeriahan, kesibukan suasana kehidupan di luar bandar dan bandar dengan pelbagai aktiviti turut dirasai malah dapat diidentifikasikan dengan mudah kerana citra naïve yang dipaparkan mewakili sebahagian daripada pengalaman yang pernah kita semua lalui pada masa kini dan masa lalu. Persembahan visual gaya penceritaan secara ini mencetuskan kenangan-kenangan silam dalam bentuk nostalgia emotif yang memudahkan kefahaman serta apresiasi terhadap karya-karya gaya naive.

Menerusi Malaysia Naive Art Showcase 2008 ini terkesan dengan jelas unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara yang secara ketara sekali dapat mencipta identiti gaya naive Malaysia. Citra rumah-rumah lama Melayu tradisional, pengolahan caragaya kehidupan masyarakat pribumi seperti kelompok etnik Bajau di Sabah. Bangunan-bangunan rumah kedai yang dibina sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua yang kini menjadi sebahagian daripada warisan sejarah seni bina tanah air di olah secara naïve menjadikan citra karya nampak nyata dan bukan kesan daripada ekspresi imaginasi melulu tanpa rujukan.

Unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara gaya naive ini adalah citra yang wajar sekali diteruskan, dimantapkan malah diperkasakan bagi memperlihatkan kelainan, keunikan serta dapat menjadi identiti citra gaya naive Malaysia. Orientasi pengolahan, persembahan subject-matter citra gaya naive yang begitu terperinci sifatnya adalah suatu kelebihan yang membolehkan unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara dicipta, diolah secara kreatif. Banyak lagi unsur-unsur pribumi Melayu Nusantara yang masih menunggu untuk diterokai secara visual bagi meneruskan kelangsungan seni catan gaya naïve Malaysia yang lebih kreatif dan segar. Ini adalah cabaran yang menyediakan ruang bagi pelukis gaya naïve Malaysia.

Prof . Madya Mahzan Musa

Jabatan Psikologi & Kaunseling

Kolej Sastera & Sains

Universiti Utara Malaysia

Sintok, 06010

Kedah Darul Aman

16 April 2008

Saturday, May 3, 2008

A PASSION FOR ELEPHANT

A passion for elephants
Nuradzimmah Daim
New Street Times 2 may 2009


Yusof Ismail or better known as Yusof Gajah has a liking for elephants which he describes as gentle giants.

The 54-year-old father of three from Johol, Negri Sembilan, said he has developed the passion for elephants since he was a child when he was taken on an elephant ride by his parents.

It has then become his trademark which he now interprets through naive paintings.

His eldest daughter, Jaja, 23, also focuses on the genre, which is characterised by childlike simplistic drawings.


His wife, Zakiah Mohd Isa, 50, from Rantau, Negri Sembilan , assists him by promoting his art and would also accompany him during his exhibitions.

Apart from exhibitions, Pak Yusof is also actively involved in serving the community by teaching people, particularly children, to paint and raise funds for the needy through their artworks.

His paintings can be seen displayed at the National Heart Institute in Selayang and the Universiti Kebangsaan Malaysia hospital.

Streets visited Yusof Gajah's home-cum-studio in Taman Berjaya, Batu Caves, and found out more about his fascination with elephants and nature, in general, through his paintings.

Q: What is your normal day like?

A: I start really early in the day and would do some gardening and feed my guppies. After breakfast, I start work and sometimes stop for a quick nap around noon.

However, I only paint when I feel like it. I sometimes listen to light or classical music, depending on the situation, while working.

If I am not painting, I would spend my time reading books on arts.

I am now working on a black and white exhibition series and have managed to paint 30 pieces of artwork so far. However, it is sometimes difficult to complete the series when there people interested in buying the artwork you are working on.

Q: What is native art? There are others who focus on abstract, realistic, or even portrait paintings?

A: Naive is related to how a child interprets things and children don't lie. Also, there is not much promotion on naive arts in Malaysia, although it is very popular in other countries.

There are Balinese arts, Thai arts, but what do we have to promote to others outside Malaysia? I feel that there is so much that we can do to boost our arts.

For instance, if every district in Malaysia has an art gallery, it would make it easier for the artist from that particular place to promote his artworks and the locals would appreciate art more as it is easily available to them.

Presently, we have National Art Gallery and a few private galleries, and not everyone can go there anytime they want. So it is difficult for the community to connect with art.

Also, we can have our own auction house where art buyers can actually sell back their prized paintings with a higher price like in Indonesia. So, instead of buying paintings for their passion, it is also a form of investment.

Q: People have the impression that paintings are expensive. Why is that? How about yours?

A: The thing about paintings in Malaysia is that only the rich can afford them. If you earn RM1,500 a month, how can you afford paintings that costs thousands of ringgit each? That is why in my gallery at the Central Market annexe, I sell paintings that everyone can afford. And also, I get artists interested to paint and sell their art there and I take a 30 per cent commission while I provide the material and space for them. Some of them can even earn RM3,000 to RM4,000 per month through their paintings.

Most artists want to sell their paintings at a high price as they feel that it's their pride.

We have to adjust accordingly, like when we talk to a child, we have to make it simple for them to understand. It is the same thing with paintings.

However, it doesn't mean that we are not proud of our artwork so much so that we are willing to depart with it for a low price. I have sold paintings as cheap as RM300 and as high as hundreds of thousands of ringgit.



Q: How do you tell whether a person is a good artist?

A: I can tell through his or her sketch-work as it is the most basic skill needed for art. That is why, those who wish to learn from me need to know how to sketch. In the syllabus I had prepared for the National Arts Academy, I also stressed the importance of sketching skills.

If you are a good sketcher, the rest is easy, no matter what material you are using.

Q: Who is your mentor? Did you go for formal arts classes and where?

A: My mentor is the Indonesian artist Widayat whom I met when I studied arts at the Akademi Seni Rupa Indonesia (Asri) in the 1970s. His work is in a class of its own.

Q: Tell us about your community works.

A: I have worked with corporate companies that had managed to raise funds through paintings. However, I don't do it (paintings) myself. Instead, I teach the staff's children and they produce their artworks to be sold. In a way, the children learn to appreciate arts and the companies have done their bit for charity.

The problem with Malaysian artists is that they are selfish. They keep to themselves and refuse to be involved in charity work. Art is an important element in our lives, so it is important for artists to also play their part in the society.

Q: What is your ultimate dream as an artist?

A: I want to have my own museum where the public can come and see my artwork anytime. I have studios and later I opened two galleries, one in City Square and the other at Central Market's annex. For an artist, it is important to have these avenues to showcase your works, so you will not be forgotten especially after you have died.

I want my children to manage the museum when I'm no longer around.

Monolith Garden Oslo

Monolith Garden Oslo
sejok/// minus 10

elephantoidea

elephantoidea

Followers