Thursday, June 30, 2011

FIGURE IN PAINT –KATA PENGANTAR DI BROUCHER PAMERAN



FIGURE IN PAINT mengajak anda untuk memcabar prasangka terhadap sifat semula jadi cat air. Pameran ini bertujuan untuk mempamerkan, bagaimana peningkatan bahantara yang versital ini dan membolehkan seniman kontemporari Malaysia yang mengunakan cat air lari daripada kekangan praktis dibentung dengan subjek flora dan fauna hingga kerakaman pemandangan ditempat kejadian dan peristiwa. Sebelum kemunculan fotografi, cat air merupakan bahantara pilihan sebagai bukti saksi, kini seniman cat air menerapkan semua genre, semi abstrak hinggalah ke foto realism.

Pameran ini boleh dikatakan pameran yang paling ekspremental dalam seni cat air yang pernah diadakan , dengan 30 karya berskala besar daripada seniman Malaysia yang dipandang tinggi seperti Khalil Ibrahim , Long Thien Shin , Rafie Abdul Rahman , Yusof Gajah, dan Jalaini Abu Hassan. Pameran pemecah tradisi ini meraikan keselurohan kepelbagaian cara pengunaan cat air melalui cara dieksprementasi dan dipamerkan.

Karya berskala besar tidak perlu memekik untuk mendapatkan perhatian, tetapi mendesak untuk mendapatkan tumpuan. Menyiasat isu isu budaya melalui teknologi terkini , para seniman menolak ketenangan abadi didalam karya awal dan menghasilkan imej imej yang moden sepenuhnya. Dengan melukis subjek seperti figura bersama sama pengunaan kaedah tradisional melalui pendekatan kontemporari, pameran ini akan membuka pandangan dalaman kreatif seniman dan mendorong untuk menghasilkan pelbagai lukisan cat air yang hebat.

FIGURE IN PAINT juga menawarkan peluang untuk melihat karya cat air eksperimental yang jarang dilihat, antaranya oleh seniman Fauzin Mustafa, Ise dan Haslin Ismail sehingga ke Donald Abraham yang berjaya menghapuskan stigma sedia ada dengan kekuatan yang dikawal dengan baik, membawa penonton melangkaui sekedar rupa bentuk gambar dan melihat cat air seada-adanya, iaitu suatu bahantara yang segar, bersemangat dan kontemporari.

Pameran ini mempersembahkan cadangan penuh dan segar berkenaan masa depan lukisan cat air diMalaysia . Ia bertujuan mempersoalkan kefahaman kita tentang bagaimana untuk cat air bergerak maju, melibatkan para pelukis cat air seperti Shafiee Hassan , Raphael Ahbeng, Tham Siew Inn, Yong Look Lam , Maamor Jantan, Hamdam Shaarani, Zaharuddin Sarbini , kamaruddin Talib, Abu Bakar Idris, Sylvester Jussem serta seniman kontemporari yang tersohor seperti Ahmad Shukri Mohammad, Suzlee Ibrahim, Shia Yih Ying, Jegananthan Ramachandran , Stephen Menon, Jayashree Ramasamy, Khairul Azmi Shoib, Kharul Azuan @ujang, Sabri Idrus dan Tan Yok Khang, digandingkan sebelah-menyebelah untuk membawa bahantara yang universal dan bertahan lama kembali ketengah-tengah amalan seni kontemporari Malaysia.

Kurator pameran :

Badrolhisham Mohamad Tahir




No comments:

Monolith Garden Oslo

Monolith Garden Oslo
sejok/// minus 10

elephantoidea

elephantoidea

Followers