Didalamnya seorang lelaki berambut panjang, bertubuh kecil murah dengan senyuman melayan tetamu yang kelihatan terpesona dengan ekpresi gajah-gajahnya. Lelaki yang bertubuh kecil itulah Yusof Gajah, 50, seorang pelukis yang prolifik dan pemilik Gajah Gajah Gallery. Yusof Gajah atau nama sebenarnya Yusof Ismail mulai 1972 hingga kini telah menyertai lebih 100 pameran termasuk beberapa pameran solo diluar Negara.
Sepuluh tahun dahulu, galeri lukisanya hanya dirumahnya di Gombak. Kemudiannya berkembang ke Kompleks Kraf di Jalan Conlay,
Kepada wartawan Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain, Yusof Gajah berkata “Saya jadi seniman, saya juga jadi businessman untuk menjual lukisan saya.”
Saya dilahirkan di Johol, Negeri Sembilan. Tetapi dibesarkan di Singapura kerana keluarga menetap disana. Singapura tahun 50 an lebih moden berbanding kampong saya di Johol. Di
Tidaklah bercita-cita jadi pelukis. Bunyinya sangat formal. Tapi saya masih ingat saya terlalu minat lukisan. Tapi tidak tahu pun di luar lingkaran kekerdilan dunia saya waktu itu. Tidak kenal pun pelukis-pelukis hebat dunia. Pelukis tempatan pun tidak kenal. Yang saya tahu, saya minat sangat dengan kerja-kerja macam ini. Lukisan awal sama seperti itu (menunding jari kesebuah lukisan di dinding galeri).
Ya. Saya bermula dengan lukisan yang begitu. Nampak macam keanak anakan. Alam imaginasinya memang begitu. Tapi itulah naïve art, lukisan pelukis yang tidak mandapat bimbingan secara formal. Itu proses semula pelukis sebelummereka menemui aliran-aliran dalam karya mereka. Saya waktu itu melukis apa yang saya rasa dan rasa itu hadir dalam igauan saya. Naïve art saya tentang alam dan kehidupan.
Memang benar. Waktu itu ayah hantar saya memasuki sebuah institute pertanian di
Nama Yusof Gajah lahir secara tidak sengaja. Malah saya sendiri tidak terfikir gelaran yang diberikan teman-teman di Anak Alam pada tahun 70-an boleh lekat sampai sekarang. Bangga juga apabila nama itu tertera pada lukisan-lukisan saya yang ada di seluruh dunia. Saya masih ingat waktu itu ada pameran lukisan di Rumah Anak Alam dekat Padang Merbok,
Saya tidak dapat bayangkan apa yang terjadi kepada saya kalau selepas balik dari
Bukan mudah untuk mencipta nama. Saya tidak setuju kalau orang kata apalah yang ada pada nama. Bagi saya nama itu penting. Sampai satu tahap, kita tidak boleh senang-senang turunkan tandatangan.. semuanya kerana nama. Selepas Yusof Ismail menjadi Yusof Gajah memang banyak perbezaan. Sekarang orang tidak kenal Yusof Ismail.
Bagaimana pula saudara hidup menulis? Situasinya sama bukan? Kedua-duanya kita perlu bekerja.
Kedua saya buat lukisan untuk bayar pinjaman rumah, kereta dan sebagainya. Lukisan ini agak mahal. Tapi sudah tentu tidak selalu dibeli orang. Yang ketiga saya buat lukisan yang mahal untuk orang yang berpendapatan misalnya RM 30 000 sebulan. Saya anggap lukisan tahap ketiga ini sebagai bonus. Orang makan gaji ada bonus, saya juga mesti ada bonus. Tapi bonus bukan selalu dapat.
Macam saya katakana tadi, saya tidak mahu menjadi pelukis hebat tapi hidup miskin. Saya bukan tunduk kepada kehendak
Prosesnya macam kita pergi sekolah juga. Mula-mula masuk tadika, masuk sekolah rendah kemudian sekolah menengah seterusnya ke Universiti. Maknanya hidup kita mesti ada perubahan yang parallel dengan usia. Mustahil kita hendak berada di sekolah tadika selama-lamanya. Dalam konteks seni lukis, kalau sepuluh tahun lalu saya hanya mampu buat galeri di rumah, hari ini saya tidak boleh lagi terus buat rumah saya sebagai galeri. Saya kena berubah. Dan perubahan ini semuanya bukan berlaku secara semula jadi. Tetapi perubahan ini saya rancang dan syukur saya mencapai tahap-tahap yang saya rancang.
Sudah ia penting bagi saya. Sebelum ini banyak pelanggan atau collector yang menyokong kerja seni lukis saya. Bayangkan kalau mereka tidak membeli sedangkan saya perlu hidup dengan melukis. Mereka mengeluarkan wang beratus ribu ringgit untuk membeli lukisan saya. Bagi saya ia bukan sekadar jual beli tetapi sokongan untuk melihat saya berjaya. Bayangkan apa kata collector saya yang melihat saya tidak pernah berubah sama seperti sepuluh tahun lalu. Saya mempertingkatkan imej saya kerana antara lain mahu mengangkat imej collector saya juga. Sebenarnya bukan setakat ada galeri di
Tepat sekali. Dan saya tidak malu mengakui hakikat ini. Saya melihat seni (seni lukis) dalam konteks yang luas. Masa menghasilkan karya itu, bolehlah kalau mahu menganggap saya sebagai seniman. Kesenimanan itu proses untuk menghasilkan karya seni. Sesetengah orang mereka berhenti di situ iaitu sebagai seniman dan tidak ambil pusing bagaimana mahu memasarkan karya itu. Paling mudah memberikan kepada promoter untuk menjualnya. Tapi saya, selepas berkarya saya menjadi orang yang memasarkan lukisan saya. Waktu itu saya mungkin seorang businessman. Kalau istilah itu boleh digunakanlah. Saya kena fikir hal-hal yang difikirkan oleh orang berniaga. Macamana hendak membuat packaging misalnya dan untuk mempromosi supaya orang beli.
Saya harus mengangkat prestij diri saya, galeri saya dan sebagainya. Misalnya kalau collector saya makan di Hotel Shangri-La saya juga perlu berada ditahap yang sama. Saya juga kena makan angin di luar Negara. Semua itu mengangkat prestij dan imej collector yang memiliki lukisan saya.
Semua orang bermula dengan angka kosong. Jangan tengok saya sekarang. Tengoklah saya sepuluh atau dua puluh tahun dahulu. Kalau mahu seni berada ditahap yang dibanggakan, seniman yang kena mengangkatnya.
Bagi saya bidang ini mata pencarian saya. Saya melakukan secara sepenuh masa. Mungkin orang lain buat secara sambilan kerana ada sumber lain untuk menyara keluarga. Tapi bagi saya setelah lukisan menjadi mata pencarian apa salahnya isteri menumpukan sepenuh masa kepada kerja dalam bidang ini? Saya pelukis dan isteri saya Zakiah sebagai promoter. Dia melakukan kerja ini sepenuh masa. Dia ada pendapatannya sendiri hasil dari tugas sebagai promoter.
Faedahnya banyak. Salah satunya ini mewujudkan kami sekeluarga sebagai orang yang mencintai lukisan. Isteri saya tahu menulai lukisan, dengan sendiri dia tahu menilai kerja-kerja saya. Anak-anak juga begitu. Selain itu semua yang dilakukan akan kembali kepada keluarga. Misalnya kalau saya ambil promoter lain, saya kena bayar komisen 40 hingga 50 peratus daripada harga lukisan yang dijual kepada promoter lukisan. Sekarang pun saya bayar komisen dengan jumlah yang sama. Bagi saya ini lebih baik kerana ia kembali kepada keluarga.
Saya fikir kalau dikatakan kurang yakin itu tidak tepat. Bukan kurang yakin. Tapi factor utama saya dan isteri saya mahu ikut terlibat dalam hal-hal pemasaran. Saya bukan tahu sangat dalam pemasaran tetapi saya beli buku mengenai pemasaran. Saya belajar daripada mereka yang lebih arif. Dalam era consumer cultural sekarang ini, produk yang baik belum tentu menjadi pilihan kecuali mempunyai strategi pemasaran yang betul. Saya mengambil tahu dan belajar selok-belok menjual lukisan
Saya tidak pernah menyalahkan masyarakat. Untuk apa? Apa kesan positifnya kepada saya kalau setakat menyalahkan mereka yang tidak membeli lukisan saya. Saya ambil tindakan proaktif, buat lukisan yang mampu mereka beli. Saya kena turunkan ego saya. Saya juga giatkan strategi pemasaran. Bayangkan berapa banyak rumah kos sederhana di Kuala Lumpur.kira pula berapa banyak dinding yang kosong dan berapa banyak bilik untuk kanak-kanak. Semua ini ada potensi umtuk lukisan diisi ditempat begitu.
Orang–orang luar yang pernah dan sedang bekerja di Negara ini. Orang tempatan pun ada juga. Syarikat korporat misalnya banyak yang memiliki lukisan saya. Seorang collector dari Perancis memiliki lebih 50 keping lukisan saya. Dia bukan sahaja membeli lukisan malah biaya saya sepuluh hari ke Perancis semata-mata meminta khidmat nasihat bagaimana meletakkan lukisan dirumah dan pejabatnya.
Saya ingin memiliki muzium seni lukis sendiri. Sudah ada tempat tetapi mengambil masa untuk impian itu dizahirkan. Semua pelukis mengimpikan sebuah muzium. Itu kemuncaknya
No comments:
Post a Comment